Wednesday, April 17, 2019

SURAH 108

Dinamakan Al-Kautsar kerana Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW yang bersedih atas kematian dia orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudara, Abu Thalib.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Nabi Muhammad SAW bersabda : "Al-Kautsar adalah sebuah sungai sebelum menjelang ke syurga. Allah telah menurunkannya kepadaku. Allah menjanjikan di syurga nanti ada sungai itu untuk aku. kemudian Anas bertanya ; Adakah sungai itu untuk Nabi Muhammad sahaja? Lalu baginda menjawab : sebenarnya Al-Kautsar itu untuk umatku juga." Sungai Al-Kautsar diberi gambaran sebagai sebuah sungai yang sangat indah. Walaupun seluruh umat manusia meminum dari telaga itu ianya tidak akan kering.

Menurut Nazrul, surah Al-Kautsar juga memperjelaskan mengenai nabi Muhammad SAW yang diberikan kebaikan yang tinggi oleh Allah SWT iaitu mendapat anugerah teragung kehebatan sungai Al-Kautsar di dalam syurga.



AYAT 1

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

Allah SWT telah mengurniakan kepada Nabi Muhammad SAW kebaikan yang banyak di dunia dan akhirat. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana ketika itu baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Thalib.

Ayat ini juga turut memperjelaskan tentang Allah SWT telah memberikan kepada Muhammad SAW kebaikan tertinggi sehingga mencapai kepada kemuncaknya iaitu mendapat anugerah teragung kehebatan sungai Al-Kautsar di dalam syurga, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmizi kepada Anas.

AYAT 2

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang keran Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).


Solat adalah amalan pertama yang dihisab Allah SWT yang akan menentukan tempat kita samada di syurga atau neraka. Seperti hadis Rasulullah SAW :"Permulaan amalan yang diperiksa ke atas seseorang hamba pada Hari Kiamat ialah solatnnya, jika betul solatnya maka sesungguhnya ia dapat kemenangan. Jika tidak, maka rugi dan sia-sialah usahanya." (Hadis al-Tabrani daripada Anas)

Dalam ayat ini, Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW dan umatnya supaya menunaikan solat yang wajib mahupun sunat dengan penuh keihklasan hanya kerana Allah SWT. Setiap ketaatan terhadap perintah Allah dilakukan untuk mendapat keredhaanNya tanpa mensyirikkan Allah dengan yang lain.

AYAT 3

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Monday, April 15, 2019

PENGAJARAN DAN HIKMAH

Surah Al-Kautsar adalah surah yang ke 108 di dalam Al-Quran yang bermaksud kebaikan atau membawa nikmat yang banyak. Surah ini hanya mengandungi tiga ayat sahaja dan diturunkan di Makkah dengan membawa pengertian tentang sungai di syurga.

Menurut ulama yang mentafsir surah ini, sungai di syurga bererti sebuah kolam sungai yang diperbuat daripada batu permata yang begitu indah dan cantik. manakala rasanya pula lebih manis daripada madu, warnanya lebih putih daripada susu dan baunya lebih wangi daripada kasturi.