Sunday, February 2, 2020

MANFAAT DAN KEBAIKAN SURAH INI

INILAH TUJUH MANFAAT DAN KEBAIKAN MENGAMALKAN MEMBACA SURAH AL KAUTSAR
7 Kelebihan dan Manfaat Surah Al-Kautsar. Amalan dahsyat yang membuatkan rezeki tidak terduga dan hutang cepat selesai. Surah Al-Kautsar hanya mengandungi 3 ayat. ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad saw.

Ini kerana ketika Nabi Muhammad saw sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.

ANTARA KHASIAT YANG TERKANDUNG DALAM SURAH INI

  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT mengkabulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokdi leher, Insyaa Allah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal dan bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  • Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  • Jika membacanya 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan lembut dan kyusuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara, membacanya sebanyak 71 kali, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Rahsia Surah Al-Kautsar mampu memberi manfaat hebat pada pengamalnya, hutang bukan dalam hal wang sahaja akan tetapi juga dalam hal barang seperti kredit motor, kredit kereta atau yang lain.Oleh kerana itu, bagi siapa sahaja yang sekarang sudah terlanjur mempunyai hutang tersebut, maka tidak ada salahnya untuk mengamalkan Surah Al-Kautsar ini. Insyaa Allah akan diberikan jalan dan dimudahkan rezeki anda sehingga hutang anda lunas. Inilah amalan surah Al-Kautsar untuk bebas hutang dan rezeki lancar yang boleh diamalkan sehari-hari.

No comments:

Post a Comment